Wednesday, April 18, 2018

Pencemaran Air

Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia. Perubahan ini disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk, seperti pepejal, cecair dan gas. Pencemaran air berpunca daripada aktiviti manusia, seperti pertanian, pembalakan, perindustrian dan sebagainya. 

Terdapat dua jenis punca pencemaran air:
• Punca tetap 
• Punca tidak tetap Punca tetap ialah sumber bahan cemar yang dapat dikenal pasti punca pelepasannya. Contohnya, pembuangan sisa dari kilang dan loji rawatan kumbahan. Manakala, punca tidak tetap pula ialah sumber bahan cemar yang tidak dapat dikenal pasti sumber pelepasannya.

Contohnya, larian permukaan daripada aktiviti pertanian atau pembalakan. Bahan cemar daripada punca tidak tetap sangat sukar untuk dikawal kerana ia telah dibawa oleh air hujan daripada kawasan yang berlainan. Rajah 1 menunjukkan trend kualiti air sungai di Malaysia dari tahun 2005 hingga 2014. Punca-punca pencemaran air: 

1. Kumbahan Pelupusan kumbahan yang tidak efisien memberi kesan negatif kepada alam sekitar serta rakyat kerana ia boleh membawa kepada penyakitpenyakit bawaan air, seperti cirit-birit. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa penyakit bawaan air boleh membunuh seramai 135 juta orang pada tahun 2020. 

2. Nutrien Baja daripada aktiviti pertanian boleh menyebabkan peningkatan dalam pertumbuhan alga atau plankton di dalam air kerana kepekatan nitrogen dan fosforus yang tinggi. Pertumbuhan alga sangat berbahaya kerana ia menggunakan oksigen daripada air dan menyebabkan kematian hidupan akuatik kerana bilangan oksigen yang terhad. 

3. Sisa bahan kimia Bahan kimia seperti bahan logam (nikel, kadmium, merkuri, plumbum dan arsenik) dan PCBs merupakan contoh sisa toksik yang berbahaya. Bahan sisa ini biasanya dilepaskan dari kilang-kilang dan industri. Sisa toksik ini mempunyai jangka hayat yang panjang dan susah untuk dilupuskan.

bersyukur negara kita mungkin tiada situasi seperti ini... 

No comments:

Post a Comment

Like Share