PETALING JAYA: Pengeluar air mineral Spritzer mendakwa produknya mungkin berkesan dalam mencegah penyakit nyanyuk atau Alzheimer, tetapi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memberi amaran kepada pengguna agar tidak terlalu mudah mempercayainya.
Dakwaan ini dibuat dalam video di laman web rasmi Spritzer Bhd. Video berkenaan memaparkan profesor dari Universiti Keele, England mengatakan meminum Spritzer secara tetap dapat membantu membersihkan badan daripada aluminium, yang dikaitkan dengan demensia.
Presiden MMA John Chew berkata Spritzer mesti menyokong dakwaan itu dengan bukti saintifik.
Beliau berkata terdapat banyak sebab mengapa pengamal perubatan menentang “tuntutan tidak berasas”, memetik kes tahun lepas iaitu “air Kangen” sebagai contoh.
Air Kangen adalah air tapis beralkali yang didakwa pengilang boleh merawat 150 penyakit kronik. Pihak berkuasa tidak bersetuju dan bertindak keras terhadap penjualan air.
“Pengamal perubatan menentang tuntutan tidak berasas kerana ia melibatkan banyak wang,” kata Chew.
Dalam video Spritzer itu, , Christopher Exley daripada Universiti Keele bercakap tentang penyelidikan yang beliau temui mempunyai kaitan antara aluminium dan penyakit Alzheimer.
Beliau merujuk kepada kajian ke atas seorang wanita berusia 50 tahun yang meninggal dunia akibat sejenis penyakit Alzheimer, yang biasanya memberi kesan kepada individu berumur 80 hingga 90 tahun.
“Kami mengukur kandungan aluminium dalam tisu otak beliau dan mendapati ia menjadi sangat tinggi. Malah, keputusan koroner pada 2013 berkata, tidak dapat dielakkan aluminium menyumbang kepada kematiannya.”
Exley berkata, sebahagian lagi penyelidikan mendapati penggunaan air mineral yang kaya silikon seperti Spritzer, boleh memudahkan perkumuhan aluminium dari badan.
“Cara paling berkesan dan bukan invasif untuk mengurangkan pendedahan keseluruhan individu kepada aluminium adalah memasukkan ke dalam diet harian mereka air mineral kaya silikon. Spritzer, air mineral dari Malaysia, mengandungi 35 mg/l daripada jumlah silikon,” kata kertas penyelidikan, yang boleh didapati untuk bacaan pada laman web Universiti Keele.
Spritzer menggunakan hasil kajian itu untuk mempromosikan air mineralnya, menyenaraikan pencegahan Alzheimer sebagai salah satu manfaat kesihatan.
Dalam temu bual telefon dengan FMT, Pengarah Eksekutif Spritzer Chuah Chaw Teo menjelaskan produk syarikatnya bukan ubat untuk penyakit ini, tetapi kemungkinan pencegahan.
Beliau mengakui tidak ada bukti saintifik menunjukkan aluminium menyumbang kepada Alzheimer.
“Sama ada aluminium adalah punca penyakit Alzheimer, ia boleh dibahaskan,” katanya.
Beliau berkata dakwaan syarikat itu hanya mendakwa melakukan kajian dan mendapati air mineral Spritzer “boleh membantu mencegah penyakit Alzheimer”.
Yayasan Alzheimer Amerika mentakrifkan penyakit itu sebagai progresif, gangguan degeneratif yang menyerang sel saraf otak, menyebabkan perubahan tingkah laku, kehilangan ingatan dan kemerosotan pemikiran dan kemahiran berbahasa.
Credit : freemalaysiatoday
No comments:
Post a Comment