*FAQ TEMPAHAN CUCKOO*
*Ada Deposit?*
- Untuk tempahan produk Cuckoo, tiada Deposit dikenakan. Tuan/Puan tidak perlu bayar apa-apa kepada ejen semasa memohon.
- Cuma pihak Cuckoo akan membuat pemotongan (auto debit) 1 bulan sewa iaitu sewa bulan terakhir sebagai upfront payment.
- Bayaran upfront ini akan ditolak terus dari akaun bank semasa proses permohonan dilakukan.
- Jumlah bayaran upfront adalah 1 bulan sewa mengikut model yang dilanggan. Katakan tuan/puan memilih model king top 84bulan. Jadi bayaran upfront adalah sebanyak RM56.60 shj.
*Kenapa Potong Untuk Sewa Bulan terakhir?*
- Cuckoo akan potong sewa bulan terakhir sebagai bayaran upfront utk memastikan akaun bank tuan/puan adalah AKTIF semasa memohon.
- Oleh itu, bulan terakhir nanti dah tak perlu bayar sewa lagi.
*Bila Sewa Bulan Pertama Akan Bermula?*
- Sewa bulan pertama akan bermula pada bulan berikutnya selepas bulan pemasangan.
- Katakan pasang pada bulan 10. Jadi sewa bulan pertama akan bermula pada bulan 11.
- Biasanya pemotongan utk bayaran sewa bulanan akan dilakukan pada mggu pertama.
*Bila Pemasangan Akan Dilakukan?*
- Selepas selesai proses pemotongan upfront, pihak Cuckoo akan Call tuan/puan utk set appointment utk pemasangan mengikut hari dan masa yg telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.